Sunday, March 3, 2013

Hidup

What's life? Adalah soalan paling famous dalam manusia. Tak sedikit yang menemui ajal dalam pencarian ini.. Ada yang menghabiskan seluruh kehidupan mencari erti sebuah kehidupan..
Kehidupan mempunyai berbagai erti bergantung kepada pengalaman masing - masing, bergantung kepada ilmu masing - masing, bergantung kepada pendedahan yang masing - masing terima dab seterusnya..
Jawapannya tiada salah atau betul. Ianya persoalan yang sentiasa ada jawapan baru, kefahaman baru, pendekatan baru..
Ohh hidup..
Ada orang kata hidup ini susah
Ada orang kata hidup ini perjalanan
Ada orang kata hidup ini ujian
Macam - macam orang kata..

Apa kata anda?

Duit

Assalamualaikum, sedikit coretan..  Rahmat Allah sangat Dasyat.. Yang jauh dari Nya apalagi yang dekat dengan Nya pasti diliputi Rahmat Ar-Rahman &  Ar-Rahiim..

Suka dikongsikan bahawa dengan kasih sayang 4jjl, segala Nya menjadi tidak mustahil. Ini lah yang dikatakan dari sumber yang tidak disangka -  sangka..

Lebih 10 tahun dulu, aku dikejutkan dengan panggilan haji... Tiada pendaftaran, tiada duit, tiada apa pun.. Kurang 3minggu dari hari wukuf, segalanya terurus.. Segalanya mustahil..
Aku malu,  sangat malu dengan 4jjl, hamba yang alpa dan leka.. Tetapi aku masih tersenarai dalam list yang dirahmati Nya..
+Allahummarhamna ya ar hamar rahimiin.. +Irhamna ya rahman, irhamna ya rahiim..
+Laa ilaha illa anta, subhanaka inni kuntu minaz zoolimiin
+laa haula wala quwwata illa billah
+hasbiyallahu wa ni'mal wakiil..

Amin..

Thursday, February 14, 2013

Mudah

Asalnya segalanya mudah.. Ikut sahaja apa yang di suruh..
Tapi bila datang elemen lain, ia menjadi cabaran..
Ia menjadi kayu ukur untuk suatu balasan yang tak terjangkau oleh pemikiran..

Tuesday, February 12, 2013

Laser Focus

Laser fokus maksudnye fokus yang teramat sangat, jadi dengan fokus yang sebegini banyak perkara dapat dicapai dengan cepat. Teknik visualisasi sangat membantu dalam mendapatkan fokus yang tepat dan realistik. Dengan fokus yang baik, kerja akan terancang dan produktiviti dapat ditingkatkan dengan drastik. Akhir sekali, dengan fokus juga doa kita akan lebih spesifik berbanding dengan doa umum yang bezanya antara doa khusus dan doa umum ini seperti langit dan bumi. Semoga mendapat manfaat insyaAllah.

Satu Permulaan

Bismillahirrahmaanir Rahiim

Bermula lagi permulaan yang buat sekiankalinya bermula, proses yang belum kunjung tiba akhirnya selagi kita berada di muka bumi. Semoga permulaan ini mencapai suatu akhiran agar dapat bermula lagi di permulaan baru yang lebih baik.